Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Umno tidak akan gelar sesiapa sebagai ‘dajjal’, tegas Azalina | Scoop

Umno tidak akan gelar sesiapa sebagai ‘dajjal’, tegas Azalina

Umno juga sama sekali tidak pernah berundur dalam mempertahankan serta memperjuangkan maruah dan hak orang Melayu

5:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan menggelar sesiapa ‘dajjal’ kerana benteng kekuatan orang Melayu-Islam adalah berdasarkan kepimpinan berwawasan sebagaimana dibuktikan parti itu sejak awal penubuhannya pada 1946.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Umno juga tidak akan membenarkan perpecahan berlaku disebabkan sesetengah pemimpin atau parti yang sentiasa membuat percaturan politik terutama melibatkan isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum).

“Kemarahan dan emosi sukar dikawal jika kita mahu lakukan segalanya mengikut keselesaan, apatah lagi sehingga ia meminggirkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Terasnya, Umno adalah pertubuhan yang telah dan akan terus mempertahankan perkara-perkara asas berkaitan dengan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, Perkara 3, 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Biar dalam apa jua keadaan, Umno tidak akan berkompromi dalam soal Agama, Etnik dan Raja (3R),” katanya menerusi perkongsian di dalam Facebooknya hari ini, pasca Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 yang berakhir pada Sabtu.

Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka – Gambar Bernama, 25 Ogos, 2024

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 dalam ucapan dasarnya menyentuh mengenai langkah-langkah untuk Umno kembali menjadi parti dominan.

Zahid menyenaraikan empat perkara untuk menjadi dominan iaitu dari segi bilangan kerusi, kedudukan perundingan sekiranya keadaan memerlukan perkongsian, dalam aspek ideologi perjuangan iaitu mempertahankan keindukan Islam dan Melayu/Bumiputera serta dominan dalam menawarkan dasar-dasar awam yang menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara.

Mengulas lanjut, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, Umno sama sekali tidak pernah berundur dalam mempertahankan serta memperjuangkan maruah dan hak orang Melayu.

Antaranya, Umno merupakan yang paling lantang membantah agenda untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Perjanjian Rome Statute.

“Barangkali ada yang melihat BN-Umno hanya sekadar menjadi pelengkap kerajaan, namun dalam kedudukan Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama keseluruhan anggota Kabinet dari parti keramat ini, tidak seincipun akan dibiarkan maruah dirobek atau dirobohkan perjuangan ke atas Melayu-Islam.

“Malahan agenda berterusan adalah pembangunan kesejahteraan masyarakat Melayu-Islam yang tidak menjejaskan kehidupan umat ini di tanah air sendiri,” katanya. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related