Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Zahid akui dalang utama jatuhkan Tun M ‘demi selamatkan Umno’ | Scoop

Zahid akui dalang utama jatuhkan Tun M ‘demi selamatkan Umno’

“Demi Umno mana mungkin diharamkan, dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan…dilabel sebagai perompak atau rasuah."

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengaku menjadi dalang utama menggulingkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam usaha menyelamatkan Umno daripada diharamkan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan luar biasa itu penting dalam usaha menentang Dr Mahathir yang didakwanya ketika itu mahu membatalkan pendaftaran Umno.

“Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu.

“Demi Umno mana mungkin diharamkan, dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan…dilabel sebagai perompak atau rasuah,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cameron Highlands di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara mengenai usaha pengharaman ke atas Umno turut disahkan Perdana Menteri.

“Apabila saya tahu Umno mahu diharamkan…ini telah disahkan oleh Datuk Seri Anwar (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Ilmu (Institut Latihan Memperkasakan Umno).

“Anwar beritahu kami bahawa kertas untuk mengharamkan Umno sudah ada di meja Menteri Dalam Negeri ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri… Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah Menteri Dalam Negeri (ketika itu).

“Dalam keadaan sebegitu, sudah pasti ahli-ahli khususnya kepemimpinan bergantung kepada saya untuk mengenal pasti pendekatan terbaik bagi memastikan Umno tidak diharamkan

“Jadi saya terpaksa mencari jalan. Kalau anda semua masih ingat, ketika Perhimpunan Agung Umno 2018, saya menyatakan bahawa dalam masa terdekat kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Tetapi saya diejek beberapa individu tertentu yang tiada dalam Umno,” katanya.

Zahid berkata, segala kisah tersebut akan diperincikan dalam sebuah buku selepas ini.

“Tadi saya cerita hanya 10 peratus, 90 peratus dalam buku saya, lazimnya tulis buku orang pencen tapi saya belum nak pencen lagi.

“Selagi Umno bukan parti dominan, selagi itu saya dan rakan-rakan terus dalam Umno,” katanya. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related