Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Cubaan samun bersenjatakan kayu: 4 lelaki diberkas, ada rekod jenayah | Scoop

Cubaan samun bersenjatakan kayu: 4 lelaki diberkas, ada rekod jenayah

Turut dirampas semasa tangkapan adalah sebuah motokar jenis Nissan Almeera, sebuah motosikal LC 135 dan enam telefon bimbit

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun bersenjatakan kayu di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua suspek lelaki warga tempatan berumur antara 30 hingga 41 tahun itu, mempunyai rekod kes jenayah dan narkotik.

“Suspek yang menaiki motosikal menghalang kenderaan pengadu dan menghentikan kenderaan di hadapannya, sebelum menghayunkan kayu ke arah cermin motokar pengadu sehingga pecah,” katanya.

Hussein berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara hingga tujuh tahun serta denda boleh dikenakan.

“Semua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Turut dirampas semasa tangkapan adalah sebuah motokar jenis Nissan Almeera, sebuah motosikal LC 135 dan enam telefon bimbit.

Beliau berkata, polis percaya semua suspek adalah individu yang terlibat dalam kes dilaporkan.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kejadian berhampiran sebuah stesen minyak berdekatan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Laporan itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun pada jam 1.37 pagi Rabu . – 8 Ogos 2024

Topics

 

Hangat

Related