Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bawa senjata tajam ketika perlawanan bola sepak, polis sedang kesan suspek | Scoop

Bawa senjata tajam ketika perlawanan bola sepak, polis sedang kesan suspek

Dua gambar dimuat naik memaparkan seorang pemain bola sepak (suspek) telah membawa senjata tajam dipercayai kerambit ke dalam padang

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai membawa senjata tajam ketika perlawanan bola sepak Liga Sosial yang diadakan di KLFA Football Centre, Desa Melawati di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.21 pagi tadi.

“Pihak polis menerima laporan daripada pengadu lelaki warga tempatan berumur 23 tahun.

“Dalam laporannya, pengadu menyatakan berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan sebelum pengadu mendapati pemain daripada pihak lawan membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain pasukan pengadu.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan bagi siasatan lanjut. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan daripada kejadian terbabit,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu, media sosial kecoh dengan perkongsian seorang individu mengenai dua gambar dimuat naik memaparkan seorang pemain bola sepak (suspek) telah membawa senjata tajam dipercayai kerambit ke dalam padang.

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menganggap pemain tersebut bertindak keterlaluan sehingga mengeluarkan senjata berbahaya dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related