Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sumbangan ibu bapa di SJKC sudah cukup tinggi, tak bergantung dana syarikat arak: bekas pelajar | Scoop

Sumbangan ibu bapa di SJKC sudah cukup tinggi, tak bergantung dana syarikat arak: bekas pelajar

Dana daripada penyumbang di sekolah Cina juga lebih banyak berbanding dana yang diperuntukkan oleh kerajaan

8:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rata-rata bekas pelajar Melayu yang menuntut di sekolah Cina tidak memandang isu sumbangan dana daripada syarikat minuman keras sebagai sesuatu yang perlu diperbesarkan.

Ini kerana, kata mereka, sumbangan daripada ibu bapa sendiri sudah cukup tinggi untuk keperluan anak-anak mereka yang menuntut di sekolah Cina.

Salah seorang bekas pelajar di sekolah Cina, Yusren Yusoff, 22, berkata, isu sumbangan itu bukan masalah besar kerana ibu bapa pelajar sanggup mengeluarkan dana besar demi keselesaan pendidikan anak-anak mereka.

Menurutnya, meskipun terdapat sumbangan daripada syarikat-syarikat tertentu termasuk daripada pengeluar minuman keras, pelajar Melayu tidak terjejas.

Menurut Yusren Yusoff, isu sumbangan bukan masalah besar kerana di kebanyakan sekolah Cina, ibu bapa pelajar sanggup mengeluarkan dana besar demi keselesaan pendidikan anak-anak mereka. – Gambar Scoop, 4 Ogos, 2024

“Sepanjang belajar di sekolah kebangsaan Cina, saya tidak pernah dipaksa menerima sumbangan yang tidak sesuai dengan nilai budaya atau agama.

“Walaupun ada pertikaian mengenai sumbangan daripada syarikat alkohol, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak bergantung sepenuhnya pada sumbangan itu kerana pelbagai kaum menyumbang dana yang besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusren berkata, dana daripada penyumbang di sekolah Cina lebih banyak berbanding dana yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Afiqah Aliah Diyanah Rabul Raizal, 23, yang juga bekas pelajar sekolah Cina berkata, sumbangan yang diterima daripada orang ramai digunakan untuk menaiktaraf kemudahan sekolah.

Bagi Afiqah Aliah Diyanah Rabul Raizal, kebanyakan sekolah Cina lebih maju terutama daripada segi fasiliti kerana menerima sumbangan dana yang besar. – Gambar Scoop, 4 Ogos, 2024

“Pendidikan zaman sekarang semakin maju, kos pun semakin meningkat, jadi tak salah untuk pihak sekolah terima sumbangan selagi ada peluang.

“Sebab itu kita tengok majoriti sekolah Cina lebih maju terutama dari segi teknologi dan fasiliti. Semasa zaman saya dulu, kami sudah dilengkapi dengan mod kawalan PC yang dipancarkan ke projektor dan boleh menulis serta melukis menggunakan pen,” katanya.

Afiqah berkata, sumbangan yang diterima oleh sekolah untuk tujuan menaik taraf sistem pendidikan adalah wajar, asalkan ia tidak melanggar prinsip agama.

“Sumbangan dalam bentuk makanan atau minuman yang haram sememangnya tidak boleh diterima. Semasa zaman saya bersekolah di SJKC, pelajar beragama Islam kebanyakannya membawa bekal sendiri atau membeli makanan yang dibungkus sahaja.

“Kami tidak akan beli makanan yang dimasak di kantin,’’ katanya.

Bagi Muhammad Syauqi Suwarta, 23, terdapat banyak kelebihan belajar di SJKC kerana dana yang lebih banyak berbanding sekolah harian biasa malah fasilitinya sangat bagus.

“Ruang rehat, perpustakaan, padang, bilik darjah, tandas dan kantin semuanya lengkap serta bersih. Kami juga ada bengkel, bilik komputer dan peralatan yang mencukupi.

“Tidak dinafikan, kerja rumah sangat banyak sebab kami ada subjek tambahan iaitu bahasa Cina serta Matematik dan Sains yang kami pelajari dalam dua bahasa, iaitu Inggeris dan Cina, jadi kerja sekolah juga berganda dan kadang-kadang sukar untuk kami ikuti.

“Halangan bahasa itu semestinya ada, tetapi ia mengambil masa. Kadang-kadang ada yang berputus asa dan menukar sekolah kerana tidak dapat mengikuti subjek tersebut. Jadi, itulah antara kelemahannya,’’ katanya. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related