Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mohon bersabar, pelarasan gaji penjawat awam diumum bulan depan: Dr Zaliha | Scoop

Mohon bersabar, pelarasan gaji penjawat awam diumum bulan depan: Dr Zaliha

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkenaan pelaksanaan SSPA yang akan menjelaskan mekanisma penyelarasan gaji secara terperinci

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah memuktamadkan inisiatif penambahbaikan struktur gaji yang turut merangkumi pelarasan gaji penjawat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa pengumuman penting hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, Ogos depan.

“Secara dasarnya pencen yang diterima oleh pesara dan penerima pencen akan turut diselaraskan mengikut Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

“Seksyen ini memperuntukkan pencen atau elaun pesaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkenaan pelaksanaan SSPA yang akan menjelaskan mekanisma penyelarasan gaji secara terperinci.

“Saya mohon supaya semua bersabar menanti pengumuman ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Kenaikan lebih 13 peratus adalah yang tertinggi pernah diumumkan kerajaan sebelum ini.

Malah, Perdana Menteri memberi jaminan kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkannya, akan diluluskan di Parlimen dengan bergaya pada pembentangan Belanjawan 2025 Oktober ini. – 30 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related