Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis gerakkan Unit skuba, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini | Scoop

Polis gerakkan Unit skuba, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini

Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, di mana mayat Nur Farah ditemukan

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata, proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

“Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related