Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Suspek kes bunuh Farah dibawa ke lokasi kejadian | Scoop

Suspek kes bunuh Farah dibawa ke lokasi kejadian

Suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat lans koperal itu tiba kira-kira jam 2.30 petang dengan menaiki salah sebuah daripada empat kenderaan polis

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa ke lokasi penemuan mayat mangsa di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang ini.

Suspek berusia 26 tahun itu yang juga anggota polis berpangkat lans koperal itu tiba kira-kira jam 2.30 petang dengan menaiki salah sebuah daripada empat kenderaan polis.

Difahamkan, suspek diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kehadiran suspek dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi penemuan mayat Farah.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan selepas perintah dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Farah dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.

Kali terakhir dilihat, Farah yang berasal dari Miri, Sarawak itu memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, apatah lagi Farah disifatkan seorang pekerja yang komited dan tidak pernah mencetuskan apa-apa masalah sepanjang bekerja di syarikat perkhidmatan kereta sewa itu.

Malah abang Farah iaitu Mohammad Fariza Abdullah yang menetap di Kuala Lumpur, datang ke Tanjung Malim bersama isterinya bagi membuat laporan di Balai Polis Tanjung Malim bersama pihak pengurusan tempat adiknya bekerja. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related