Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bolehkah Muhyiddin selamatkan Malaysia? 17 bulan pimpin hampir ‘lingkup’ negara: Puad | Scoop

Bolehkah Muhyiddin selamatkan Malaysia? 17 bulan pimpin hampir ‘lingkup’ negara: Puad

Beliau berkata demikian sebagai mempersoal agenda penganjuran siri Jelajah Selamatkan Malaysia dianjur pembangkang

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan agenda sebenar penganjuran siri Jelajah Selamatkan Malaysia semalam, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri ‘gagal’ menguruskan negara sepanjang 17 bulan pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, program bertajuk ‘Gelombang Selamatkan Malaysia’ berkenaan tidak mencerminkan pencapaian sebenar beberapa pemimpin yang menyertai acara terbabit, termasuk Muhyiddin.

“Malam tadi ada ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia. Bolehkah Mahyuddin selamatkan Malaysia? 17 bulan jadi PM sudah tumbang. Tidak ada rekod membanggakan.

“Lagi lucu bila Isham Jalil dan Tun Faisal (Ismail Aziz) ada atas pentas. Lagi baik mereka desak Muhyiddin suruh menantu dia balik. Mereka atas pentas itu pun ada kes mahkamah. Selesaikan dulu. Baru sembang kari,” katanya menerusi Facebook.

Puad berkata, sepanjang pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin, negara hampir ‘lingkup’.

“Tiada pelabur asing masuk. Pergi Arab Saudi cari pelabur, tetapi balik tangan kosong.

“Macam mana mahu selamatkan Malaysia. Menantu pun lari,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, ketika Muhyiddin isytihar darurat ketika Covid-19, itu tidak dianggap menyelamatkan Malaysia, sebaliknya ‘menghancurkan’ negara.

“Apakah itu (darurat ketika Covid-19) selamatkan Malaysia? Itu selamatkan kuasa. Lagi hancur negara dibuatnya.

“Mereka yang ada atas pentas itu pun pernah jadi Menteri. Tidak ada rekod membanggakan,” katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan PAS Pusat, orang ramai dijemput menghadiri Siri Jelajah Selamatkan Malaysia di KUIZM, Taman Melewar, Gombak, malam tadi.

Program anjuran Jabatan Penerangan PAS Pusat dan Harakah itu menampilkan barisan penceramah terkemuka dalam membicarakan isu, selain hal ehwal kebajikan rakyat. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related