Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat: MAHB | Scoop

Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat: MAHB

MAHB berkata kejadian pada pukul 8.11 pagi itu ditangani segera oleh pasukan penyelenggaraan di lokasi

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini akibat hujan yang luar biasa lebatnya, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan berkata ruang berkenaan kini ditutup buat sementara waktu hingga pukul 12 tengah hari ini untuk kerja-kerja pembaikan segera.

“Kami beri jaminan bahawa operasi penerbangan tidak terjejas dan penerbangan berikutnya yang dijadualkan berlepas dari ruang istirahat ini ini telah dipindahkan ke pintu alternatif. Kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami untuk memastikan semua penumpang yang terjejas dimaklumkan dengan segera mengenai perubahan ini,” kata MAHB.

MAHB berkata kejadian pada pukul 8.11 pagi itu ditangani segera oleh pasukan penyelenggaraan di lokasi.

“Pasukan penyenggaraan sedang gigih berusaha untuk membaiki kebocoran dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Selain itu kami akan menilai dan berusaha mengukuhkan ketahanan kemudahan-kemudahan yang kami sediakan, bagi menghadapi keadaan cuaca melampau dengan lebih berkesan,” tambahnya. – 10 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related