Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada kerjasama Umno-PAS: Biar orang lain jawablah, saya tak payah jawab, kata Hadi | Scoop

Tiada kerjasama Umno-PAS: Biar orang lain jawablah, saya tak payah jawab, kata Hadi

Presiden PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada orang lain atau rakyat untuk menjawab kenyataan Zahid yang juga Presiden Umno pada Isnin lalu itu

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tiada kerjasama antara Umno dan PAS selagi Ahli Parlimen Marang itu menerajui parti Islam berkenaan.

Presiden PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada orang lain atau rakyat untuk menjawab kenyataan Zahid yang juga Presiden Umno pada Isnin lalu.

“Biar orang lain jawablah, saya tak payah jawab yang itu atau bagi rakyat jawab.

“Pihak cawangan (Pas) pun boleh jawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam 2024 (Kelmic ‘24), di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Terdahulu, Zahid berkata, Hadi tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

Untuk rekod, Umno dan PAS pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2018, namun hubungan itu terlerai sekitar 2022.

Ketika ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan parti dari Sabah dan Sarawak.

PAS pula duduk di blok pembangkang bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). – 10 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related