Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kanak-kanak 9 tahun lemas, jatuh tasik ketika cari lokan | Scoop

Kanak-kanak 9 tahun lemas, jatuh tasik ketika cari lokan

Apabila anggota bomba tiba mangsa didapati masih bernafas tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang lemas selepas tergelincir ke dalam tasik Taman Tasik Teratai, Serendah, Hulu Selangor hari ini disahkan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim dalam satu kenyataan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Zon Merah Hospital Selayang jam 8.55 malam.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kanak-kanak terbabit dikatakan sedang mencari lokan sebelum terjatuh ke dalam tasik.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.13 petang.

“Sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, mangsa berusia sembilan tahun bersama rakan-rakannya sedang mencari lokan di sekitar tasik berkenaan.

“Bagaimanapun kanak-kanak itu dikatakan terjatuh namun diselamatkan orang awam sebelum anggota bertugas tiba,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata, apabila anggota bomba tiba, mangsa didapati masih bernafas tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota melakukan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama tiga minit kepada kanak-kanak itu.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related