Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Laporan PAC dibentang, dibahas di Dewan Rakyat bermula minggu depan | Scoop

Laporan PAC dibentang, dibahas di Dewan Rakyat bermula minggu depan

Perbahasan laporan audit dan Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 di Parlimen bukti komitmen kerajaan melaksanakan agenda reformasi institusi dalam negara

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) buat julung kalinya akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula minggu depan.

Ahli PAC, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, langkah itu menjadi sebahagian daripada bukti reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani.

Menurutnya, selain itu, Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 dan perbahasan laporan audit di Parlimen juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi institusi dalam negara.

“Tiga perkara ini adalah reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani. Itu cukup untuk pengetahuan NGO (badan bukan kerajaan) seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan lain-lain.

“Mereka selalu katakan kerajaan lewat dan tak lakukan reformasi institusi. Inilah bukti bahawa kejayaan Kerajaan Madani untuk melakukan reformasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Audit (Pindaan) 2024 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Tze Tzin berkata, RUU berkenaan adalah satu bentuk reformasi institusi yang sangat bermakna kerana selama ini jabatan audit tidak mempunyai kuasa untuk memperluaskan peranan dalam mengaudit syarikat persendirian atau syarikat tersenarai awam yang menerima geran kerajaan.

“Kita tahu bahawa keterbatasan itulah menyebabkan tangan-tangan jabatan audit itu tersekat. Kita tahu sejarah jabatan audit penuh dengan pelbagai liku yang susah.

“Terutamanya pada 2015 hingga 2018 di mana pegawai jabatan audit selakunya melakukan siasatan skandal besar penuh dengan tekanan, pelbagai dugaan sehingga pegawai diugut, ditukar dan dikenakan tindakan.

“Jadi atas sebab inilah saya rasa ini satu kejayaan besar dengan pembentangan RUU Audit (pindaan) 2024,” katanya. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Related