Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
99 pelajar, guru alami gejala keracunan selepas makan di kantin | Scoop

99 pelajar, guru alami gejala keracunan selepas makan di kantin

11 mangsa mendapatkan rawatan di pusat kesihatan, manakala pengusaha kantin diarah menutup premis dua minggu untuk siasatan

4:21 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Seramai 99 individu mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati hidangan di kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor pada Khamis lalu.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, mereka terdiri daripada 90 pelajar dan sembilan guru sekolah itu.

Katanya, 11 daripada mangsa dilapor mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan klinik swasta berhubung gejala dialami.

“Ya 99 orang, dengan 90 pelajar dan sembilan guru ini alami gejala selepas makan di kantin hingga 11 daripada mereka ke klinik, manakala mangsa lain belum mendapatkan rawatan kerana mungkin simptom lebih ringan,” katanya ketika dihubungi.

Tian Soon berkata, arahan penutupan sementara premis sudah dikeluarkan segera ke atas pengusaha kantin selama dua minggu, bermula Jumaat lalu hingga 11 Julai depan.

“Arahan tutup sementara premis ini sudah dikeluarkan dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat mengunjungi premis terbabit untuk tindakan susulan.

“Sampel makanan itu juga diambil dan sudah dihantar ke lab (makmal) untuk pemeriksaan,” katanya.

Difahamkan, makanan dinikmati pelajar dan guru itu adalah ayam gunting. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related