Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai: DNB | Scoop

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai: DNB

Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1% pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap satu MNO berkenaan memegang kira-kira 16.3% kepentingan

10:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Bhd (DNB) hari ini mengumumkan penyempurnaan perjanjian langganan saham (SSA) dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Empat pengendali itu ialah CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd, kata DNB dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1% pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap satu MNO berkenaan memegang kira-kira 16.3% kepentingan.

“Kerajaan Malaysia yang diwakili Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc.) mengekalkan kira-kira 34.9% pegangan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

“Ini berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu di bawah SSA pada 20 Jun, 2024 bagi keempat-empat MNO itu untuk meningkatkan pegangan ekuiti mereka dalam DNB,” katanya.

Bagi Telekom Malaysia Bhd (TM), tarikh yang mana syarat itu perlu dipenuhi ialah pada 21 Ogos, 2024.

DNB berkata dengan mengandaikan TM berjaya melengkapkan SSA, pegangan MoF Inc. akan berkurangan kepada 30%, dengan MNO secara kolektif memegang 70 peratus pegangan dalam DNB.

Pada 1 Dis, tahun lepas, DNB dan MoF Inc. memeterai SSA dengan lima MNO, sekali gus membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.

DNB berkata ia kekal fokus dalam menyampaikan rangkaian 5G bertaraf dunia dan memacu penggunaan 5G di seluruh negara bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related