Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki pukul isteri baru habis pantang direman 4 hari | Scoop

Lelaki pukul isteri baru habis pantang direman 4 hari

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa memukul isterinya yang baru habis berpantang selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di Port Dickson pada Mei lalu direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun ini.

Semalam, media melaporkan, suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditahan di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam.

Polis turut mengesan pelaku dalam video tular yang memaparkan seorang lelaki memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan mendapati pergaduhan itu membabitkan pasangan suami isteri dan berlaku pada pada jam 9.50 pagi, 24 Mei lalu.

“Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel.

“Akibat daripada kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related