Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peniaga ditahan gajikan 43 pekerja warga Vietnam tanpa permit sah | Scoop

Peniaga ditahan gajikan 43 pekerja warga Vietnam tanpa permit sah

Siasatan lanjut mendapati, kesemua pekerja mempunyai pasport yang sah tetapi telah tinggal lebih masa di negara ini

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga berusia 47 tahun ditahan selepas disyaki menggajikan 43 orang pekerja warga Vietnam tanpa permih sah di sebuah premis perniagaan di Bahau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada 8 Jun lalu ketika 20 orang pekerja wanita dan 23 lelaki warganegara terbabit sedang bekerja membersih dan memproses sarang burung walit di premis itu.

Menurutnya, tempat kejadian merupakan bangunan lot kedai dua tingkat yang terletak di Pusat Perniagaan Bahau.

“Suspek menjalankan perniagaan memproses sarang burung walit lebih kurang setahun lalu. Dia telah menyewa tiga lot kedai yang diubah suai dan dijadikan sebagai tempat tinggal serta tempat memproses sarang burung walit.

“Terdapat 18 buah bilik tidur dijadikan sebagai tempat tinggal yang disediakan lelaki itu kepada semua pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, suspek menjalankan perniagaan memproses sarang burung walit lebih kurang setahun lalu, dan menyewa tiga lot kedai yang diubah suai serta dijadikan sebagai tempat tinggal dan tempat memproses sarang burung. – Gambar ihsan PDRM, 13 Jun, 2024

Chang Hook berkata, siasatan lanjut mendapati, kesemua pekerja mempunyai pasport yang sah tetapi telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Semakan turut mendapati kesemua pekerja itu tidak mempunyai sebarang permit untuk bekerja di premis milik suspek,” katanya.

Dalam serbuan itu katanya, polis merampas kunci premis di tempat kejadian dan suspek direman sehingga 16 Jun ini di Mahkamah Kuala Pilah.

Katanya, pekerja berkenaan pula ditahan di bawah reman imigresen selama 14 hari. – 13 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related