Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tawaran Sanusi jual air terawat kepada Pulau Pinang bukan omong kosong | Scoop

Tawaran Sanusi jual air terawat kepada Pulau Pinang bukan omong kosong

Setelah siap projek naik taraf, akan ada lebihan air terawat dari LRA Lubuk Buntar Lama dan LRA Lubuk Buntar Baru sebanyak 20 juta liter sehari (MLD)

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tawaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang bukan omong kosong menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Pejabat Menteri Besar Kedah memaklumkan, kenyataan Sanusi itu adalah berdasarkan fakta setelah projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu, dekat Alor Setar siap pada September ini.

Menurutnya, berdasarkan unjuran permintaan air terawat di daerah Bandar Baharu sehingga 2030, akan ada lebihan atau margin air terawat dari LRA Lubuk Buntar Lama dan LRA Lubuk Buntar Baru sebanyak 20 juta liter sehari (MLD).

“Bekalan air terawat dari LRA Lubuk Buntar Lama adalah sebanyak 30 MLD, manakala LRA Lubuk Buntar Baru pula 25 MLD yang mana kedua-duanya akan menghasilkan air terawat berjumlah 55 MLD,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, Sanusi turut berpandangan bahawa 10 MLD daripada lebihan bekalan air terawat itu boleh dijual kepada Pulau Pinang untuk kegunaan penduduk di kawasan Nibong Tebal yang jaraknya sejauh 16 kilometer (km) dari Bandar Baharu.

“LRA Lubuk Buntar Lama yang beroperasi sejak 1992 pernah membekalkan air terawat ke daerah Seberang Perai Selatan dengan jajaran paip masih ada di sempadan dua negeri iaitu di Permatang Pasir, Bandar Baharu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menuduh Sanusi membuat tawaran itu semata-mata untuk memenangi hati pengundi Sungai Bakap adalah penuh prasangka dan tidak berlandaskan fakta sebenar.

Terdahulu, Mahdzir mendakwa tawaran Sanusi untuk menjual air kepada Pulau Pinang didakwa sesuatu yang mustahil berikutan Kedah tidak mempunyai margin atau lebihan air terawat.

Katanya, ketika ini margin air yang digunakan untuk keperluan domestik dan industri di negeri ini mencapai 99 peratus dan tiada lebihan untuk dijual.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut meminta Sanusi supaya menjaga ‘halaman rumah’ sendiri terlebih dahulu sebelum menawarkan untuk menjual air terawat kepada negeri tersebut.

Kon Yeow berkata, Sanusi sepatutnya menjaga negeri sendiri sebelum mendakwa Pulau Pinang tidak mempunyai air walaupun menjadi negeri membangun.

Tegasnya, mereka yang melawat Langkawi kini amat maklum mengenai isu yang timbul akibat kebocoran pada saluran paip bekalan air terawat dasar laut yang menghubungkan tanah besar ke Langkawi, yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

“Jadi, jaga Kedah dulu sebelum tuduh Pulau Pinang.

“Ya, saya memang akui ada isu (air) di beberapa kawasan tetapi kita sudah mengambil langkah untuk menangani isu itu,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related