Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gangguan air: Kerja penyelenggaraan loji siap, air disalurkan berperingkat mulai 3 pagi ini | Scoop

Gangguan air: Kerja penyelenggaraan loji siap, air disalurkan berperingkat mulai 3 pagi ini

Air Selangor memaklumkan, bekalan air itu akan disalurkan mulai 3 pagi ini

9:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap pada jam 7 malam tadi, justeru pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai awal pagi ini.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan air itu akan disalurkan mulai 3 pagi ini selepas sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang esok diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, Jumaat ini.

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 12:00 tengah hari, Jumaat ini,’’ katanya.

Khamis lalu, Scoop melaporkan Air Selangor menggesa pengguna di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor supaya menyimpan air secukupnya berikutan gangguan air yang bermula semalam.

“Air Selangor ingin mengingatkan pengguna mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

“Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,’’ katanya. – 5 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related