Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ketua sindiket antara 14 ditahan polis, dadah RM1.6 juta turut dirampas | Scoop

Ketua sindiket antara 14 ditahan polis, dadah RM1.6 juta turut dirampas

Taktik sindiket ialah membungkus dadah dalam jus minuman selain mencetak dadah seperti ubat-ubatan termasuk ubat tahan sakit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

12:37 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan 14 individu, termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta, dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.

“Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor berjaya membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah iaitu serbuk dan pil ekstasi, syabu, ketamin, pil erimin 5, MDMA (methylenedioxymethamphetamine) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.

“Anggaran berat bagi kesemua dadah yang dirampas ialah 198.54 kilogram dan dadah tersebut boleh digunakan seramai 1.24 juta penagih dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor, M Kumar.

Kok Chin berkata, selain itu polis turut menyita enam kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, wang tunai RM204,069 serta dolar Singapura $22,970 dengan nilai keseluruhan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM1.17 juta.

Polis turut menyita enam kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, wang tunai RM204,069 serta dolar Singapura $22,970 dengan nilai keseluruhan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM1.17 juta. – Gambar Bernama, 1 Jun, 2024

Beliau berkata, modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Januari lepas itu, dengan menjadikan kondominium dan rumah teres berpagar serta berpengawal yang disewa sebagai lokasi memproses dan membungkus dadah, sebelum diedarkan ke pasaran negara jiran melalui jalan darat.

Katanya, sindiket berkenaan didalangi seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun dan lima daripada 12 warga asing yang ditahan itu, mempunyai rekod dikehendaki di negara masing-masing.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan antara taktik sindiket terbabit ialah membungkus dadah dalam bungkusan jus minuman selain mencetak dadah seperti ubat-ubatan termasuk ubat tahan sakit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah. Kesemua individu ini direman tujuh hari bermula Khamis sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah kewarganegaraan kesemua 12 warga asing itu masih dalam siasatan. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Related