Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Juara Gegar Vaganza musim ke-7, Cliff Umar mengaku miliki heroin | Scoop

Juara Gegar Vaganza musim ke-7, Cliff Umar mengaku miliki heroin

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan memiliki heroin, Ahad lalu.

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shasa Diana Sabtu.

Dia didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Cliff Umar, yang juga bapa kepada empat anak didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Cliff Umar diwakili peguam Sallehuddin Salam.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes laporan kimia pada 31 Julai ini. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related