Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta | Scoop

Warga emas rentung dalam kebakaran kereta

Bomba menerima panggilan pada kira-kira jam 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian

10:22 AM MYT

 

IPOH – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang dijilat api kira-kira 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut. Operasi pemadaman tamat pada 2 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related