Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 maut, 6 cedera dalam nahas dua kereta di lebuh raya | Scoop

3 maut, 6 cedera dalam nahas dua kereta di lebuh raya

Tiga orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga orang maut manakala enam yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 262.5 (KM262.5), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Taiping malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, Ahmad Nizam Abdul Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.11 malam tadi dan nahas itu berlaku di lebuh raya menuju ke Changkat Jering dari Sabak Bernam.

“Tiga orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital.

“Terdapat lima orang iaitu dua dewasa dan tiga kanak-kanak di dalam salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam nahas tersebut,’’ katanya kepada media.

Tambahnya, dua penumpang dewasa itu meninggal dunia manakala anak-anak mereka mengalami kecederaan.

“Sementara dalam sebuah kereta lagi, terdapat empat penumpang iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak.

“Penumpang wanita dalam kereta itu maut manakala seorang lagi wanita dan dua kanak-kanak cedera,’’ katanya. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related