Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anak MB Perlis mengaku tak bersalah buat tuntutan palsu | Scoop

Anak MB Perlis mengaku tak bersalah buat tuntutan palsu

Mengikut kertas pertuduhan, dia didapati dengan niat memperdaya seorang pembantu tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mohd Syafeeq Mohd Shukri, anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10.

Tertuduh didakwa dengan niat memperdaya dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan dan Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 14 Februari 2024 berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Walau bagaimanapun Mohd Syafeeq, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan yang dibacakan di depan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didapati dengan niat memperdaya seorang pembantu tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan memberikan satu dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis berjumlah RM19,505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid.

Pemberian dokumen itu adalah berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di HTF yang didapati mempunyai butiran palsu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 19 Februari lalu.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Terdahulu mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta memerintahkannya melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh bagi sebutan semula kes.

Mohd Syafeeq turut membayar wang jaminan ditetapkan mahkamah tersebut. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related