Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pinkfish Express: Umno gesa KTMB beri penjelasan parti liar atas gerabak | Scoop

Pinkfish Express: Umno gesa KTMB beri penjelasan parti liar atas gerabak

Pinkfish Express dikenali sebagai festival hiburan atas keretapi yang pertama di Asia Tenggara dan menggunakan gerabak keretapi milik KTMB

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu meletakkan syarat ketat dalam penyewaan koc supaya tidak disalah guna bagi penganjuran parti liar sehingga mengundang kecaman masyarakat.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, KTMB perlu tampil memberi penjelasan bagaimana mereka boleh ‘terlepas pandang’ dalam membenarkan parti persendirian, festival Pinkfish Express dibenarkan diadakan di atas gerabak sewa khasnya.

“Parti yang diadakan itu secara terang-terangan menunjukkan tetamu yang hadir dihidangkan dengan minuman keras dan pelbagai makanan yang tidak sinonim langsung dengan budaya dan adat rakyat Malaysia.

“Sekalipunlah KTMB memang sudah membenarkan penyewaan koc untuk tujuan peribadi, tetapi mereka perlu meletakkan syarat ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTMB sendiri.

“Itu belum lagi kecoh apabila dikatakan surau juga antara lokasi parti tersebut. Ini sudah melampau! Tempat yang sepatutnya suci dan bersih dibenarkan untuk penggunaan kasut, ’parti games’ dan arak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dikenali sebagai festival hiburan atas keretapi yang pertama di Asia Tenggara ini menggunakan gerabak keretapi milik KTMB dan bermula dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebagai lokasi pesta tersebut.

Shaiful Hazizy berkata, lebih mengecewakan lagi ialah apabila nama sahaja Kereta Api Tanah Melayu, tapi membenarkan parti liar dan tidak senonoh diadakan.

“Apakah mesej yang KTMB cuba sampaikan kepada rakyat? Bahawa kami sudah tidak Melayu?

“Ini tidak selari dengan Malaysia yang terkenal dengan budaya sopan dan ketimuran, sebuah negara Islam yang majoritinya orang Melayu. Tolong hormat budaya dan adat resam kita,” katanya. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related