Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Helikopter bawa Presiden Iran terhempas | Scoop

Helikopter bawa Presiden Iran terhempas

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar

11:30 PM MYT

 

TEHRAN – Sebuah helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang dari majlis merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya.

Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian; Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

Koresponden IRNA berkata, pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related