Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Coretan sedih papan putih: Menteri arah doktor pelatih ditempatkan semula di hospital memerlukan | Scoop

Coretan sedih papan putih: Menteri arah doktor pelatih ditempatkan semula di hospital memerlukan

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut berkata segala langkah penambahbaikan jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.

Menerusi hantaran di laman X semalam, beliau berkata segala langkah penambahbaikan jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Dengan 147 hospital KKM dan lebih 3,000 klinik kesihatan di seluruh negara, pasti banyak aduan akan saya terima. 

“Teruskan menghantar maklum balas dan kritikan (hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa). Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai pembaharuan saya,” katanya.

Dzulkefly mengulas isu tular di laman sosial berkaitan hantaran gambar keluhan petugas perubatan yang ditulis di papan putih dipercayai berlaku di sebuah hospital di Kedah yang memohon maaf kepada pesakit kerana perlu menunggu lama untuk berjumpa doktor.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam kenyataan malam ini memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.

Beliau berkata pembahagian sumber manusia di peringkat KKM dalam kategori pakar dan Pegawai Perubatan di seluruh hospital KKM adalah selari dengan beban tugas semasa manakala penempatan Pegawai Perubatan di sesebuah hospital pula ditentukan oleh Pengarah Hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.

Dr Norizan juga berkata perkhidmatan Klinik-klinik Pakar di Hospital Berpakar adalah melalui sistem janji temu secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan isu masa menunggu yang panjang.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengambil maklum akan isu tular di media sosial berkaitan satu notis yang dipaparkan di Klinik Pakar Pembedahan di sebuah Hospital Berpakar di Negeri Kedah.

“Untuk makluman semua, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada pelanggan tanpa menjejaskan kebajikan anggota bertugas.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa terbuka untuk sebarang cadangan dan pandangan melalui saluran yang betul demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan,” katanya. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related