Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
7 kawasan di Lembah Klang bakal alami gangguan air pada 5-7 Jun ini | Scoop

7 kawasan di Lembah Klang bakal alami gangguan air pada 5-7 Jun ini

Kawasan tersebut ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan di Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air mulai 5 hingga 7 Jun ini susulan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Kawasan tersebut ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Air Selangor dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan kerja itu akan bermula 9 pagi pada 5 Jun dan dijangka siap pada 7 malam sementara waktu pemulihan penuh dijangkakan 12 tengah hari, 7 Jun 2024.

“Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula 3 pagi 6 Jun setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan,” katanya.

Air Selangor memberitahu, tempoh masa gangguan dan pemulihan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Justeru, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat),” kata kenyataan itu. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related