Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis siasat pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom petrol | Scoop

Polis siasat pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom petrol

Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi pada 9 Mei, namun masa sebenar kejadian masih disiasat

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol, dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Nazron Abd Yusof berkata pihaknya sudah menerima laporan tersebut.

Menurutnya berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi pada 9 Mei, namun masa sebenar kejadian masih disiasat.

“Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api. Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,’’ katanya kepada media.

Video kejadian itu yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kini tular di media sosial.

Ia memaparkan sekurang-kurangnya empat lelaki yang meletakkan motosikal di tepi jalan sebelum kejadian.

Individu terbabit membaling objek dipercayai bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Selain itu, satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat pula menunjukkan beberapa orang awam membantu memadamkan kebakaran terbabit. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related