Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Satu plot tanah gantian kepada keluarga Amar Baharin sudah dikenal pasti: PTGS | Scoop

Satu plot tanah gantian kepada keluarga Amar Baharin sudah dikenal pasti: PTGS

Isu pertindihan tanah milik keluarga pelakon terbabit berpunca daripada kesilapan teknikal semasa proses 'charting' di Unit Teknikal PDTHL

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu plot tanah berhampiran sudah dikenal pasti Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL) bagi menggantikan tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin yang mempunyai geran bertindih.

Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, PDTHL akan memanggil pemilik tanah terbabit untuk memberikan penerangan mengenai proses penggantian plot tanah berkenaan.

Menurutnya lagi, isu pertindihan tanah milik keluarga pelakon terbabit berpunca daripada kesilapan teknikal semasa proses ‘charting’ secara manual ke dalam lembar lito (litho sheet) di Unit Teknikal PDTHL.

“Hasil siasatan yang diterima melalui PDTHL mendapati kesilapan teknikal itu berlaku berikutan terdapat dua permohonan pemberimilikan secara berkelompok yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan sama pada 1978 dan 1995.

“Ini seterusnya mengakibatkan pengeluaran dua hak milik ke atas satu plot tanah yang sama sebagaimana dibangkitkan oleh pengadu (Amar),” katanya.

Sebelum ini, Amar berkongsi rentetan kisah geran tanah milik keluarganya yang mempunyai dua geran berbeza di media sosial untuk mendapatkan jawapan bagaimana ia boleh berlaku dan mempersoalkan ia kesilapan siapa.

Isu dibangkitkan Amar turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mahu PTG berkaitan melakukan siasatan menyeluruh membabitkan dakwaan berkenaan.

Beliau mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga Amar di Semenyih bukan kes pertama di negeri ini.

Katanya, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related