Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengarah syarikat, pemilik firma guaman kemuka tuntutan palsu RM38 juta direman dua hari | Scoop

Pengarah syarikat, pemilik firma guaman kemuka tuntutan palsu RM38 juta direman dua hari

Kedua-dua suspek lelaki berusia 50-an itu, ditahan ketika hadir bagi rakaman keterangan

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah syarikat dan pemilik firma guaman direman dua hari kerana disyaki mengemukakan pelan pelaburan, skim perlindungan insurans serta laporan mingguan mengandungi butir matan palsu berkaitan tukaran mata wang asing (Forex) berjumlah kira-kira RM38 juta.

Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kira-kira jam 5 petang semalam.

Katanya, mereka ditahan ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat SPRM Seberang Prai, Pulau Pinang.

“Susulan penahan itu, semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman dua hari bermula hari ini hingga esok, dikeluarkan Majistret Ti Pei Si terhadap suspek.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit pada tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, sumber memaklumkan, Pengarah Kanan Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan terhadap suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – 8 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related