Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pembantu rumah warisi lebih RM28 juta termasuk lima vila lengkap kolam renang daripada majikan | Scoop

Pembantu rumah warisi lebih RM28 juta termasuk lima vila lengkap kolam renang daripada majikan

Nutwalai mewarisi kekayaan itu selepas majikannya selama 17 tahun, Catherine Delacote yang menghidap kanser dipercayai membunuh diri

9:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Thailand yang bekerja sebagai pembantu rumah menjadi ‘kaya’ tiba-tiba apabila dia mewarisi harta majikannya yang meninggal dunia, bernilai bernilai 100 juta baht (RM28.9 juta).

Wanita itu, Nutwalai Phupongta, 49, telah berkhidmat selama 17 tahun dengan Catherine Delacote, 59, seorang usahawan wanita berasal dari Perancis dan menetap di Koh Samui.

Nutwalai mewarisi kekayaan itu selepas Catherine, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan tembakan, berhampiran kolam renangnya pada Isnin.

Turut ditemukan pada mayat Catherine ialah senjata automatik 45mm, peluru, segelas vodka, cermin mata dan sekotak rokok.

Polis percaya, Catherine yang menghidap kanser, membunuh diri.

Wanita itu dan bekas suaminya berpindah ke Koh Samui, 12 tahun lalu, namun mereka kemudiannya bercerai, meninggalkan Catherine seorang diri di vila terbabit.

Mayat Catherine ditemui oleh pekerja penyelenggaraan kolam pada jam 8 pagi dan sebelum itu wanita tersebut dilaporkan memindahkan RM64,000 kepada Nutwalai untuk membayar kos pengebumiannya.

Sementara itu, Nutwalai berkata, majikannya telah menghantar mesej kepada beberapa orang memaklumkan dia menyerahkan asetnya kepada pembantu rumah. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related