Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sambutan Hari Pekerja 2024: Gaji penjawat awam naik lebih 13% bermula Disember ini | Scoop

Sambutan Hari Pekerja 2024: Gaji penjawat awam naik lebih 13% bermula Disember ini

Pendapatan menyeluruh penjawat awam mesti melebihi RM2,000 sebulan, ia akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion

12:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13% bermula Disember ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.

Ia merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Untuk itu menurut beliau, pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap itu mesti melebihi RM2,000 sebulan.

“Ia akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.

Malah katanya, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus kira-kira 12 tahun lepas, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan itu akan melihat kepada aspek yang menyeluruh.

“Pengumuman ini walaupun tidak menyinggung secara langsung (syarikat) swasta, saya mahu dan berikan tempoh kepada mereka untuk memberikan perhatian, ada syarikat-syarikat swasta yang untungnya berlipat kali ganda.

“Jadi mana untungnya? Dalam produktiviti. Dari mana produktivitinya? Produktiviti itu (datang) dengan pekerja, jadi berikanlah sedikit, kalau syarikat untung ratus juta, berikanlah berapa ratus ringgit kepada pekerja,” katanya.

Anwar dalam pada itu menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan hanya memberi perhatian kepada penjawat awam berbanding pekerja di sektor lain.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

“RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya. – 1 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Related