Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perintah isytihar harta: Mungkin ini lanjutan terakhir untuk Mirzan, Mokhzani | Scoop

Perintah isytihar harta: Mungkin ini lanjutan terakhir untuk Mirzan, Mokhzani

Dengan lanjutan yang diluluskan hari ini, tempoh sehingga 15 Mei diberikan kepada Mirzan manakala Mokhzani (25 Mei)

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh perintah mengisytihar harta kepada Mirzan dan Tan Sri Mokhzani Mahathir sekali lagi dilanjutkan sebulan lagi.

Perintah itu seperti dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini tempoh kepada Mirzan tamat pada 15 April lalu, manakala Mokhzani pula pada 25 April.

Dengan lanjutan yang diluluskan hari ini, tempoh sehingga 15 Mei diberikan kepada Mirzan, manakala Mokhzani (25 Mei).

Sumber memberitahu Scoop, ia berkemungkinan lanjutan yang terakhir diberikan kepada kedua-dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Ada beberapa pertimbangan tempoh itu dilanjutkan. Probably (kemungkinan) ini yang terakhir,” katanya.

Sebelum ini Scoop melaporkan, Mirzan dan Mokhzani yang juga ahli perniagaan diberikan tempoh lanjutan selama sebulan lagi bagi mengisytihar harta.

Pada 26 Januari lalu, SPRM telah menyerahkan satu perintah notis kepada Mokhzani untuk beliau mengisytihar harta di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Siasatan turut dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber memberitahu, siasatan dilakukan SPRM terhadap ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

Mirzan juga disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Semalam, Azam berkata, Dr Mahathir antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Beliau berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009. – 27 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related