Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada kompromi, penggiat seni diminta buat aduan rasmi jika karya diguna tanpa izin: Armizan | Scoop

Tiada kompromi, penggiat seni diminta buat aduan rasmi jika karya diguna tanpa izin: Armizan

Armizan berharap pemilik karya membuat aduan rasmi kepada penguatkuasa KPDN untuk pihaknya melakukan tindakan lanjut menerusi maklumat yang boleh membantu siasatan

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyiarkan karya tontonan di platform media sosial, bagi tujuan komersial tanpa persetujuan daripada pemilik.

Armizan berkata demikian kepada Scoop, sebagai mengulas isu keluhan dan rungutan penerbit serta pengarah mengenai tontonan karya mereka di telegram yang dicetak rompak dan ditayangkan tanpa izin.

Sehubungan itu, beliau berharap, pemilik karya itu membuat aduan rasmi kepada penguatkuasa KPDN untuk pihaknya melakukan tindakan lanjut menerusi maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Sebagaimana dalam hak cipta 1997, mana-mana penggunaan atau penyalinan karya hak cipta ini untuk tujuan komersial tanpa persetujuan daripada pemilik karya, menjadi kesalahan di bawah Seksyen 41 akta hak cipta 1997.

“Kita tidak akan berkompromi sekiranya terdapat penggunaan mana-mana karya melalui platform sosial media, bertentangan dengan undang-undang hak cipta tersebut tanpa kebenaran untuk tujuan komersial dan mana-mana pihak terlibat, boleh dikenakan tindakan jenayah.

Armizan juga menyatakan tindakan lebih tegas terhadap pelaku cetak rompak ini sebenarnya antara perkara terkandung dalam task force kementeriannya.

“Ada cadangan supaya tindakan atau hukuman lebih besar diambil. Sekarang ini hukuman di bawah Seksyen 41, jika dibuktikan berlaku kesalahan, ia boleh dikenakan hukuman denda di antara RM2,000 hingga RM20,000.

“Ada juga syor agar perkara tersebut dinilai semula supaya undang-undang itu, bukan hanya serve sebagai hukuman, tetapi boleh menjadi satu bentuk perkara yang dapat menghindar pihak tertentu sebagai pencegahan,” katanya.

Mengenai karya tontonan tanpa izin di platform seperti e-dagang pula, Armizan berkata, pihaknya sedang melihat dan mengkaji untuk membuat pindaan undang-undang yang boleh mengawal platfrom sedemikian.

“Kita melantik konsultan pada tahun ini dan kita berharap selewat-lewatnya suku pertama tahun hadapan, kita dapat mengemukakan cadangan pindaan pada perundangan yang sedia ada.

“Namun sebarang pindaan kepada undang-undang sedia ada, perlu melalui proses RIA (Reguratory Impact Assessment) di mana dalam proses itu kita akan mendapatkan pandangan daripada semua stakeholders.

“Sememangnya ia satu tuntutan untuk kita mengawal selia dan melihat apa-apa elemen perniagaan yang melibatkan platform e-dagang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata, dia sudah mengarahkan pihak Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) untuk melakukan penambahbaikan dalam aspek advokasi.

“Sebab kita dapati, ramai juga penggiat industri kita ini, tidak memahami hak mereka dan tidak memahami di mana saluran yang boleh digunakan untuk membela nasib mereka.

“Jadi saya sudah meminta MyIPO bertindak lebih agresif dan bekerjasama dengan persatuan terlibat, termasuklah Persatuan Industri Muzik Rakaman Malaysia (RIM), supaya bergerak untuk melaksanakan advokasi literasi undang-undang agar penggiat industri memahami hak mereka yang dipelihara melalui peruntukan MyIPO,” katanya.

Topics

 

Hangat

Related