Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Suspek lepas tembakan di KLIA dalam proses bercerai dengan isteri | Scoop

Suspek lepas tembakan di KLIA dalam proses bercerai dengan isteri

Seorang pengawal peribadi mengalami kecederaan parah selepas terkena tembakan tersebut

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi, dalam proses bercerai dengan isterinya yang merupakan sasaran sebenar tembakan.

Mengesahkan perkara itu kepada Scoop, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Mereka dalam proses penceraian dan polis sedang buru suspek ini yang dipercayai melarikan diri ke utara tanah air,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi mengalami kecederaan parah selepas terkena tembakan tersebut.

Hussein berkata, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di situ sebelum peluru yang dilepaskan terkena individu lain dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum salah satu peluru terkena seorang pengawal peribadi.

“Tembakan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya melarikan diri sejurus kejadian itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api,” katanya. – 14 April,2024

Topics

 

Hangat

Related