Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Suami tetak isteri dengan parang gara-gara minta cerai | Scoop

Suami tetak isteri dengan parang gara-gara minta cerai

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di dahi dan menerima 10 jahitan

11:47 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, berlaku pertelingkahan antara lelaki berstatus penduduk tetap berusia 64 tahun terbabit dengan isterinya, warga tempatan berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

“Berlaku pertelingkahan antara mereka dan mangsa ketika itu dikatakan ada meminta cerai daripada suspek.

“Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di bahagian dahi dan menerima 10 jahitan.

Maizura berkata, polis kini giat mengesan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related