KUALA LUMPUR – TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan memperkenalkan caj pertukaran sebanyak 1% untuk sebarang transaksi luar negara melalui aplikasi e-dompetnya, Touch n Go eWallet (TNG eWallet) bermula 25 April ini.
“Jumlah yang anda bayar dari tarikh berkuat kuasa adalah termasuk caj ini,” katanya pada halaman soalan lazim (FAQ) yang sudah dikemas kini di laman sesawang
TNG memaklumkan caj baharu itu akan ditambah kepada kadar pertukaran harian mata wang mengikut destinasi.
Umum mengetahui, orang ramai boleh menggunakan Touch n Go eWallet di kebanyakan negara, hasil integrasi dan kerjasama dengan AliPay+.
Pengguna hanya perlu melakukan imbasan kod QR dan boleh membuat pembayaran kepada jutaan peruncit di luar negara, sekaligus memudahkan urusan transaksi ketika melancong. – 8 April 2024