Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pakar cadang sistem ‘ranking’ pada operator bas, beri peluang pengguna pilih bas terbaik | Scoop

Pakar cadang sistem ‘ranking’ pada operator bas, beri peluang pengguna pilih bas terbaik

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem ‘ranking’ perlu diwujudkan dalam kalangan operator bas bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan kualiti perkhidmatan bas yang ditawarkan.

Cadangan berkenaan diutarakan oleh Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Law Teik Hua kerana hanya bas yang terbaik akan menjadi pilihan pengguna.

Bercakap kepada Scoop, Teik Hua berkata, operator bas akan terdesak untuk menaikkan taraf perkhidmatan mereka dan orang ramai boleh membuat penilaian terhadap bas tersebut.

Pada masa sama, beliau juga menyarankan pemandu bas diberikan gaji yang tinggi bertujuan mengangkat status mereka.

“Orang yang bergaji tinggi akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan akan menghasilkan lebih banyak pemandu yang berkualiti,’’ katanya.

Beliau mengulas mengenai kemalangan jalan raya melibatkan bas di seluruh negara dengan terbaharu adalah di Kilometer (KM) 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak arah Kuantan pada 29 Mac lalu yang menyaksikan dua penumpang maut selepas sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan ke Pantai Timur.

Susulan kemalangan itu, trafik mengalami kesesakan teruk.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan ruang khas disediakan dalam bas bagi membolehkan pemandu berehat ketika dalam perjalanan. – Gambar Facebook Lee Lam Thye, 7 April, 2024

Dalam pada itu, mengulas mengenai peraturan yang dikuatkuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang supaya syarikat bas ekspres menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km) bagi menjamin keselamatan penumpang, Teik Hua berkata, ia tidak sepatutnya dihadkan pada jarak tersebut sahaja.

Ini kerana, katanya, di Malaysia tidak banyak perjalanan yang mencecah jarak tersebut malah kebanyakan perjalanan bas adalah singkat.

“Pemandu kedua diperlukan untuk jarak yang lebih munasabah. Kebanyakan syarikat bas sememangnya tidak mahu mengambil lebih banyak pemandu kerana mereka akan berasa rugi.

“Namun jika ada kemalangan membabitkan bas, ia selalunya melibatkan banyak nyawa yang terkorban selain cedera,’’ katanya.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, baru-baru ini berkata, peraturan pemandu kedua itu turut diwajibkan bagi tempoh perjalanan melebihi empat jam dalam memastikan pemandu mendapat rehat secukupnya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan, terutama kemalangan maut.

Di Malaysia tidak banyak perjalanan yang mencecah jarak melebihi 300km malah kebanyakan perjalanan bas adalah singkat. – Gambar Abdul Razak Latif/Scoop, 7 April, 2024

Sementara itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye pula mencadangkan ruang khas disediakan dalam bas bagi membolehkan pemandu berehat ketika dalam perjalanan.

“Perlu ada satu tempat istimewa di atas bas bagi pemandu untuk rehat.

“Pemandu kedua tidak boleh duduk di sebelah pemandu dan berbual dengan pemandu utama kerana kedua-duanya tidak akan mendapat rehat yang cukup,’’ katanya.

Tambah beliau, tidak ada gunanya mempunyai dua pemandu tetapi mereka masih tidak mendapat rehat yang mencukupi hingga gagal emberi tumpuan pada jalan dan pemanduan secara bergilir-gilir. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related