Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes Kastam: PM kesal, ‘memang sangat mengetuk pintu hati, perasaan saya’ | Scoop

Kes Kastam: PM kesal, ‘memang sangat mengetuk pintu hati, perasaan saya’

Anwar berkata, kecurangan seperti itu harus ditangani habis-habisan kerana beliau tidak mahu tindakan dilakukan sekelumit mencacat imej perkhidmatan awam

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kontroversi ketirisan berkaitan sindiket penyeludupan membabitkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang mencecah RM2 bilion, seperti dibongkar baru-baru ini.

Anwar menegaskan, walaupun dalam situasi Kementerian Kewangan yang sedaya upaya harus mendepani isu perubahan dan gesaan berulang kali dibuat beliau mengenai kepentingan untuk kakitangan awam termasuk pengurusan atas, mengutamakan integriti, disiplin dan berubah ke arah kebaikan, masih berlaku salah laku itu.

Malah, katanya, kerajaan pimpinannya cukup cermat supaya jangan ada pelanggaran peraturan amalan menyakau melalui kontrak, tender dan sebagainya, selain mengingatkan selagi pimpinan tidak memberikan contoh baik, ia tidak akan memberikan kesan kepada peringkat di bawah.

“Saya ucapkan terima kasih termasuk timbalan ketua setiausaha perbendaharaan, pengarah-pengarah dan semua agensi, nampak bawa juga mesej itu, tetapi bila kita lihat dan saksikan kadang-kadang bila ada sergahan ke bawah nampak masih ada kebocoran, ketirisan dan amalan lapuk yang merosakkan negara ini.

“Kebetulan baru ini Kastam itu memang sangat mengetuk pintu hati saya dan perasaan saya kerana di bawah keluarga Kementerian Kewangan itu, dengarlah bagaimanapun, bagilah peraturan sebutlah dalam Ramadan Mubarak tapi amalan lama untuk menyakau ini diteruskan…

“Saya luahkan itu rasa hati saya, isi hati saya bahawa harus dihentikan sebab itu kalau saudara lihat umpamanya semua agensi penguatkuasa itu tumpu di atas dulu, berbeza daripada pengalaman lalu, sebab itu saya kata tanpa kecuali tun, tan seri, datuk seri, pakar-pakar, saya tidak peduli kerana memberi satu pengajaran tidak harus dilepaskan sesiapa kerana beri kesan tapi masih berlaku di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota JKDM di Kargo KLIA, Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Dedahnya, setakat ini seramai 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat ditahan menerusi Ops Samba 2.0 kerana melindungi dan memudahkan aktiviti penyeludupan sindiket itu.

Menurut Anwar, apabila terbongkar cerita seperti kes salah laku anggota Kastam itu, ia membabitkan kerugian yang cukup besar dan merugikan negara.

“Ini saudara bayangkan satu department (jabatan) kecil itu kalau dikira kebocoran itu dalam setahun kerana mereka mendapat, mungkin seratus juta tetapi yang ruginya RM2 bilion, bayangkan umpamanya.

“Kalau kumpul 200 jabatan dengan pelbagai agensi dan sebagainya, kita hilang puluhan billion ringgit yang patut dipulangkan untuk menjana pertumbuhan, bantu rakyat, susah, tingkatkan mutu pendidikan, beri kemudahan kesihatan serta beri gaji dan upah lebih tinggi untuk perkhidmatan awam, tapi ini tidak boleh berlaku kerana kita bekerja dalam kekangan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengucapkan tahniah dan memberi penghargaan kepada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin yang bertindak tegas berhubung kontroversi berkenaan.

“Datuk Anis, saya ucapkan tahniah kepada Datuk Anis sebab dia tidak lihat dari segi negatif, terus ambil tindakan, ada kelompok tu terlibat tukar, kalau (kena) ambil tindakan disiplin, (ambil tindakan) disiplin, ganti, ramai lagi, saya yakin majoriti penjawat awam ini orang yang ada integriti dan kasih kepada negaranya.

“Jadi jangan biarkan sekelumit ini mencacat imej perkhidmatan awam, bila ketua pengarah, ketua agensi, dia tak pilih untuk cuba melindungi, ini masalah kita lantik jawatan ketua pengarah, ketua agensi, gaji tinggi tapi kerja dia nak lindungi segala kobobrokan yang berlaku, jadi tak akan ada perubahan, tukarlah berapa banyak ketua agensi, tapi kecurangan itu terus berlaku kerana tidak ada kekuatan tekad.

“Walaupun dah puasa Ramadan dah berapa puluh tahun dah, tak pernah lulus ujiannya, tapi kalau ada tindakan seperti dilakukan Ketua Pengarah Kastam, saya ucap tahniah kerana berani mengambil tindakan tegas, apa tidak ada risiko, ada risiko, tak ada yang marah, ada yang marah, tapi itulah tanggungjawab kalau jadi ketua bersihkan segera,” katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related