Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelajar Kolej Vokasional dibelasah hingga mati: Reman 13 lelaki disambung | Scoop

Pelajar Kolej Vokasional dibelasah hingga mati: Reman 13 lelaki disambung

Majistret membenarkan tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap pelajar berusia 16 hingga 19 tahun

1:49 PM MYT

 

LAHAD DATU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional disambung hingga 4 April ini.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes,  Asisten Superintendan Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.

Mereka ditahan pada 22 Mac lepas selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.

Kesemua remaja itu kemudiannya ditahan reman enam hari bermula 23 Mac.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35, menjadi punca perselisihan faham sehingga mengakibatkan kematian mangsa yang dituduh mencuri. – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related