Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekalan elektrik IOI City Mall Putrajaya, Johor Bahru City Square pulih

Bekalan elektrik IOI City Mall Putrajaya, Johor Bahru City Square pulih

TNB akan melaksanakan tindakan lanjut bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan

8:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekalan elektrik di dua pusat beli-belah, IOI City Mall Putrajaya dan Johor Bahru City Square yang terjejas semalam, pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, bekalan elektrik IOI City Mall Putrajaya pulih pada jam 12 tengah malam tadi.

Bekalan elektrik Johor Bahru City Square pula dipulihkan pada jam 2.20 pagi ini.

“TNB akan terus memantau bekalan ini sehingga keadaan kembali stabil.

“TNB juga akan melaksanakan tindakan lanjut bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan dengan tujuan mengurangkan risiko kejadian serupa di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, TNB merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk pengurusan IOI City Mall Putrajaya dan Johor Bahru City Square serta pengunjung di atas sokongan dan kesabaran sepanjang proses pemulihan ini.

“Kami juga memohon maaf di atas kesulitan dialami dengan insiden ini.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, IOI City Mall Putrajaya ditutup sehari semalam kepada orang ramai kerana gangguan elektrik pada jam 12.45 tengah malam kelmarin, berikutan gangguan elektrik di loji TNB yang membekalkan bekalan elektrik ke pusat beli-belah itu.

Pihak TNB mengesahkan gangguan elektrik itu berpunca daripada kerosakan pada kabel masuk yang terletak dua kilometer dari premis berkenaan.

Dalam kenyataannya semalam, pengurusan IOI City Mall Putrajaya memaklumkan penutupan itu terpaksa dilakukan kerana TNB memerlukan masa tambahan untuk memulihkan gangguan elektrik di premis berkenaan, selepas mengenal pasti pelbagai kerosakan namun tidak dapat memberi jaminan bilakah masalah terbabit dipulihkan.

“Oleh itu, demi kepentingan terbaik semua penyewa dan pelanggan kami, pusat beli-belah ini tidak akan beroperasi hari ini (semalam) bagi membolehkan TNB melaksanakan kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Johor Bahru City Square pula dilaporkan terpaksa ditutup dua jam lebih awal daripada waktu operasi harian semalam kerana mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menerusi Facebook, pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan, penutupan berkenaan dibuat pada jam 8 malam dan pihaknya bekerjasama dengan TNB untuk mengenal pasti punca gangguan terbabit. – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related