Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Marahkan KK Mart, Kuala Kedah Fresh Mart jadi mangsa | Scoop

Marahkan KK Mart, Kuala Kedah Fresh Mart jadi mangsa

KK Fresh Mart bermaksud Kuala Kedah Fresh Mart, dan ia tiada kaitan dengan KK Mart

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai pemborong dan peruncit hasil laut di Taman Suria, Jitra, menjadi mangsa boikot gara-gara nama kedai yang hampir sama dengan kedai serbaneka kontroversi KK Mart, yang dipalit dengan isu stoking tertera Kalimah Allah.

Menurut pemilik kedai itu yang dikenali sebagai Nur Hamidah, KK Fresh Mart bermaksud Kuala Kedah Fresh Mart, tiada kaitan dengan KK Mart.

Nama itu, katanya sudah digunakan sejak bertahun lalu malah logo kedai pun tidak meniru sesiapa.

Namun disebabkan gambar kedainya ditularkan oleh pihak tertentu yang menyangka ia adalah KK Mart dan menggesa diboikot, perniagaannya terjejas.

“Kami adalah pengedar, pemborong dan peruncit hasil laut dari Kuala Kedah dan kami juga menetap di situ. Kami berniaga di Jitra untuk meluaskan pasaran hasil laut yang segar itu.

“Disebabkan hantaran fitnah yang dimuatnaik itu, kedai kami tiada pelanggan. Jangan fitnah tanpa usul periksa, harap dapat bersihkan nama kedai kami,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook kedai terbabit.

Nur Hamidah memaklumkan meskipun individu yang membuat fitnah itu memohon maaf, namun beliau tidak akan memadamkan kenyataan di media sosialnya bagi mengelakkan pihak lain menular semula gesaan boikot itu.

Kedai serbaneka KK Mart menjadi tumpuan susulan isu stoking tertera Kalimah Allah, hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Berikutan itu, beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa KK Mart diboikot.

Menerusi klip video yang tular di media sosial pula, terdapat sekumpulan individu yang melakukan protes di beberapa lokasi kedai serbaneka tersebut.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai minggu lalu menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related