Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Cuaca panas lebih 35°C sehingga Hari Raya? | Scoop

Cuaca panas lebih 35°C sehingga Hari Raya?

Ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang serta awal malam

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C dijangka melanda kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga bulan April.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun berkata, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang serta awal malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan.

Cuaca panas diselang-seli dengan hujan berlaku di beberapa tempat termasuk di ibu kota.

Bulan depan, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang dijangkakan pada 10 April 2024.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menasihatkan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu di lokasi yang merekodkan cuaca panas melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jika status cuaca bertukar kepada status Gelombang Haba tindakan selanjutnya boleh diambil Kementerian Pendidikan (KPM).

Semalam, status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membabitkan Perlis yang mengalami gelombang haba dengan suhu maksimum harian di negeri itu melebihi 37 darjah Celsius sejak 19 Mac lalu. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related