Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya cabar YB untuk namakan menteri tersebut: Rayer | Scoop

Saya cabar YB untuk namakan menteri tersebut: Rayer

RSN Rayer tidak berpuas hati dengan kenyataan dilontarkan Che Mohamad Zulkifly pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dicabar menamakan menteri kerajaan yang didakwanya pernah diturunkan pangkat kerana kes rasuah.

Cabaran itu dikemukakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer selepas beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan dilontarkan Che Mohamad Zulkifly pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

“Peraturan 36.6 membuat sangkaan jahat dalam ucapan tadi, (YB Besut) menyatakan ada menteri yang diturunkan pangkat kerana kes rasuah.

“Saya cabar YB untuk namakan menteri tersebut,” kata Rayer yang bangun mencelah ketika Che Mohamad Zulkifly berbahas.

“Peraturan apa pula ni tak habis-habis dengan peraturan, saya kata berlaku di pihak kerajaan ada yang diturunkan pangkat, tapi pada masa itu disabitkan bukan satu kesalahan…terlibat dengan rasuah…kita telah siasat.

“Apa masalah ni, Jelutong ni mengacaulah, perlu pakai peraturan 37.2,” kata Che Mohamad Zulkifly menempelak tindakan Rayer.

Beliau didakwa berkata demikian ketika mempersoalkan mengapa jawatankuasa khas mengenai rasuah, iaitu entiti yang ditubuhkan secara perundangan mengikut Seksyen 14 Akta SPRM 2009, melantik semua ahlinya dalam kalangan wakil rakyat kerajaan bagi tempoh 9 Oktober 2023 hingga 8 Oktober 2026, tanpa seorang daripada pemimpin blok pembangkang.

Katanya, ia menjadikan tiada pandangan dan fungsi pihak pembangkang dalam pentadbiran kerajaan.

“Jadi pertanyaan saya kenapa sebenarnya pembangkang tidak dilantik dalam jawatankuasa ni, sebab kalau kita lihat fungsi jawatankuasa ini sangat besar,” katanya.

Sementara itu, ‘perang mulut’ antara kedua-dua mereka berakhir selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul enggan memanjangkan perkara berkenaan, memandangkan Che Mohamad Zulkifly tidak menyebut nama menteri di maksudkannya.

“Oleh kerana Besut tidak sebut nama, jadi saya anggap ini tidak berbangkit,” katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related