Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas: KPM | Scoop

Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas: KPM

Semua institusi pendidikan juga dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.

KPM menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya prihatin terhadap penjagaan, kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan semasa menghadapi cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca di luar jangka.

Justeru, katanya, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM, diminta melaksanakan langkah pencegahan.

“Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Pihak terbabit perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan dan menggalakkan murid, membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa.

“Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, selain membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman,” katanya,

Menurutnya, institusi pendidikan berkenaan juga perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

“Semua institusi pendidikan itu juga, dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan.

“Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing.

“Dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” katanya.

Pada masa sama, KPM menyeru semua institusi pendidikan itu untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana, memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan serta situasi semasa. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related