Teori konspirasi Kate Middleton: Apakah kisah Princess Of Wales yang cuba diselindungkan itu?

Wujudnya khabar angin mengenai kecurangan Putera William bersama wanita bernama Lady Sarah Rose Handbury

Pelbagai teori konspirasi yang tercetus sejak Kate (kanan) mula menjalani pembedahan abdomen pada Januari dan tidak pernah dilihat di khalayak ramai antaranya spekulasi mengenai kecurangan Putera William bersama wanita bernama Lady Sarah Rose Hanbury. - Gambar Internet, 19 Mac, 2024

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Kate Middleton daripada tugas rasmi dan penampilan awamnya mencetuskan khabar angin wujudnya perselisihan faham dengan suaminya, Putera William.

Kate yang juga Princess of Wales tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dilaporkan menjalani pembedahan abdomen pada Januari.

Kehilangannya itu mencetuskan teori konspirasi yang cukup hebat. Daripada spekulasi beliau menjalani prosedur perubatan yang serius kepada khabar angin Putera William curang, diagnosis kanser Prince Charles serta rancangan menggantikan.

Kemudian muncul pula kontroversi mengenai gambar suntingan Kate bersama keluarganya yang dilihat satu dunia. Malangnya, terdapat 16 pengubahsuaian yang dibuat pada foto dan pihak istana menafikan ia sebagai gambar palsu.

Gambar kontroversi Kate bersama anak-anak yang didakwa wujud 16 pengubahsuaian yang dibuat pada foto dan pihak istana menafikan ia sebagai gambar palsu. – Gambar Internet, 19 Mac, 2024

Akhirnya, Kate melalui instagramnya mendedahkan, sebagai seorang jurufoto amatur dia telah membuat eksperimen dengan melakukan suntingan gambar itu sempena sambutan Hari Ibu.

Namun, ramai percaya, Kate tiada kaitan dengan kerja-kerja suntingan itu. Sebaliknya, ia mungkin dilakukan orang dalam istana sendiri.

Tapi, untuk apa? Itulah persoalannya? Apa yang cuba dilakukan istana Kensington dan apa yang cuba mereka selindungkan? Adakah ia sebagai satu cara untuk mengalih isu lain?

Terbaharu, semalam Kate dilihat keluar bersama Putera William dalam keadaan ceria dan gembira sewaktu kedai Windsor Farm yang terletak tidak jauh kediaman mereka.

Namun, video mereka berdua menjadi tular di media sosial apabila dizoom secara dekat, ia sama sekali bukan Kate.

Ada yang berpendapat wajah Kate jadi lain kerana tidak menggunakan solekan dan melakukan pembedahan wajah. Jika bukan Kate, siapa itu?

Khabar angin kecurangan William terus hangat diperkatakan dan wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka adalah Lady Sarah Rose Hanbury.

Siapa Lady Sarah Rose Hanbury?

Beliau adalah kenalan dan berada dalam lingkungan rapat pasangan diraja itu. Dilahirkan sebagai Sarah Rose Gillian Hanbury, beliau memegang gelaran Marchioness of Cholmondeley.

Keluarganya mempunyai hubungan yang mendalam dengan keluarga diraja. Malah, neneknya, Lady Elizabeth Lambart, adalah salah seorang pengiring pengantin di majlis perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philip.

Menjadi buruan media selepas dirinya dikaitkan sebagai perempuan simpanan Putera William. Rose Hanbury melalui peguamnya menjawab: ‘‘khabar angin itu benar-benar palsu”.

Apakah episod seterusnya mengenai hubungan Kate Middleton dengan Putera William? Adakah Kate bakal mengikut jejak langkah ibu mertuanya, Puteri Diana yang akhirnya bercerai dengan Putera Charles pada 1996 iaitu setahun sebelum kematiannya? – 19 Mac, 2023