Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MOT kutip RM311.8 juta hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan tahun lalu | Scoop

MOT kutip RM311.8 juta hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan tahun lalu

Sejak 2018 sehingga 2023, kesemua hasil kutipan jualan nombor pendaftaran kenderaan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan MOT tidak menerima insiatif dana daripada hasil penjualan tersebut

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) berjaya mengutip RM311.8 juta, hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan bagi tahun 2023.

Menterinya, Anthony Loke berkata, hasil jualan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) M_M melalui bidaan pada tahun lalu adalah sebanyak RM21 juta.

“Baru-baru ini kementerian memperkenalkan NPI untuk siri GOLD. Jumlah kutipan bagi siri GOLD setakat ini berjumlah RM17 juta.

“Nombor siri GOLD1 telah dibida oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nilai RM1.5 juta, menyumbang kepada hasil kerajaan.

“Separuh daripada hasil tersebut dikembalikan kepada MOT bagi tujuan pelaksanaan inisiatif kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid [PN-Kuala Kangsar) mengenai kutipan hasil daripada tawaran bidaan NPI dan insiatif dilaksanakan oleh MOT menggunakan hasil kutipan tersebut sejak 2018 sehingga 2023.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, sejak 2018 sehingga 2023, kesemua hasil kutipan jualan nombor pendaftaran kenderaan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan MOT tidak menerima insiatif dana daripada hasil penjualan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pada 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan sebahagian penjualan NPI akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, antaranya, kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi yang akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Selain itu, sebanyak 100,000 topi keledar termasuk topi keledar kanak- kanak dapat dibekalkan dan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

“Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Malah, inisiatif pembiayaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diberikan kepada hampir 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu bas sekolah,” katanya. -19 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Related