Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ajaran The Ahmadi sesat, tiada kaitan dengan Islam | Scoop

Ajaran The Ahmadi sesat, tiada kaitan dengan Islam

Mereka percaya kepada konsep penjelmaan semula (reincarnation) selain utusan-utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ajaran ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang disebarkan secara dalam talian merupakan ajaran sesat yang tiada kaitan dengan Islam walaupun ia banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, falsafah dan konsep ajaran itu juga jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam dan bersifat pluralisme agama.

“Walaupun luarannya seolah-olah menampakkan ia berbaur ajaran Islam, tetapi orang yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ajaran Islam pasti menyedari ajaran ini jelas menyalahi ajaran Islam yang sebenar.

“Ajaran ini menyeru orang ramai agar turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin-pemimpinnya yang didakwa telah muncul masa kini. Malah mereka juga mempercayai kepada konsep penjelmaan semula (reincarnation),” katanya dalam kenyataan.

Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, The Ahmadi agak popular melalui penstriman langsung di platform TikTok, di mana ia mempunyai pengikut lebih 30,000 dan mempunyai jumlah penonton yang ramai – Gambar laman web Ikim, 14 Mac, 2024

Beliau berkata, ajaran itu juga mempercayai utusan-utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa and Nabi Muhammad SAW.

Katanya, ia dikepalai oleh seorang individu mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Bin Amaluddin.

“Ajaran sesat ini aktif melakukan pelbagai platform media sosial. Namun mereka menjadi agak popular melalui penstriman langsung (live stream) di platform TikTok. Kebimbangan tercetus kerana akaun Tiktok tersebut mempunyai pengikut lebih 30,000 dan mempunyai jumlah penonton yang ramai.

“Di aplikasi YouTube pula, saluran (channel) The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) mempunyai seramai lebih 24,000 pengikut (subscribers) dan 275 video,” katanya.

Beliau menambah, sebagai inisiatif membantu pembendungan ajaran sesat ini, Ikim akan menggunakan semua saluran dan platform bagi memberikan kefahaman jelas kepada masyarakat berhubung isu ini dan menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat jika ia menular.

“Ikim memandang serius isu ini dan akan melakukan sebarang usaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related