Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mydin Manjoi terbakar | Scoop

Mydin Manjoi terbakar

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasar raya Mydin di Manjoi dekat Ipoh, Perak terbakar malam ini.

Beberapa video memaparkan api sedang marak di premis berkenaan turut tular di media sosial.

Difahamkan, anggota bomba sedang memadamkan kebakaran tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.09 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran.

Sementara itu, pihak pengurusan Mydin Mohamed Holdings Berhad turut mengesahkan kejadian itu menerusi satu kenyataan media.

“Kami mengambil maklum insiden kebakaran yang melibatkan Mydin di Manjoi, Perak.

“Segala makluman dan kenyataan rasmi akan disiarkan dalam laman media rasmi kami dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, beberapa video memaparkan api sedang marak di premis berkenaan tular di media sosial.

Dalam video tersebut, turut kedengaran orang ramai diarahkan untuk mengosongkan kawasan berdekatan. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related